CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, September 1, 2009

Budak84 Membantah Kenaikan Harga Minyak..!!








Friday, August 28, 2009

FUTSAL @ SEGAMBUT

FUTSAL RAMADHAN MANTUKH



Tempat : Futsal IXL Segambut
(FIFA Court)


Tarikh : 29hb OGOS 2009

Jam : 12.00 a.m - 1.00 a.m

Picture sekitar aktiviti futsal @ segambut :-







Thursday, August 20, 2009

SALAM RAMADHAN

"AHLAN WAHSAHLAN YA RAMADHADHAN "



Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:



* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)


* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri


* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.




Disini saya mewakilli seluruh warga K E R A M A T I O N Z ingin memohon ampun & maaf sekiranyer ader terkasar @ terlanjur perkataan sepanjang perkenalan ini... Diharap di bulan yang amat mulia bulan RAMADHAN AL MUBARAK ini dapat lah kire nyer kiter saling maaf memaafi jika terdapat nyer sebarang pergeseran faham selama ini.. SALAM RAMADHAN dari Budak84 kepada rakan2 diluar saner..

++ Kullu' aamma wa anta bik hair - Setiap tahun diharap awak dalam keadaan baik ++ amin

Aqil Ar Rayyan bin Abdul Hakim


Alhamdulillah sy panjantkan kesyukuran ke hadrat Ilahi ALLAH S.W.T kerana rezeki kurniaannya. Tanggal 25.7.2009 Jam 9.37 a.m di Wad Bersalin Hospital Besar KL isteri sy - Arbayiah telah selamat melahirkan seorang baby boy seberat 2.97kg. Sy ingin mengucapkan jutaan trima kasih kpd sahabat2 mantukh yg sudi meluangkan mase menziarahi anak kami. Smoga dgn kehadiran anak buah MANTUKH ini akn merapatkan ukhwah diantara ahli.
Salam RAMADHAN Al-Mubarak.

WAN TOMOI & LINDA KAHWIN


Hari yang bersejarah bagi rakan kiter ini bermula pada malam Jumaat- 17 July2009 yang lalu dimana Majlis Pernikahan bagi kedua mempelai ini telah berjaya dilangsungkan... Alhamdulillah.. dengan sekali lafaz saja mereka berdua telah dengan sempurna nyer berjaya menjadi suami isteri yang sah... Pada keesokan hari nyer... pada Sabtu- 18 July 2009 pula, Majlis Persandingan kedua mempelai ini telah diadakan... Geng2 Budak84 telah mengikuti rombongan persandingan rakan kiter ini yang telah dilangsungkan di rumah pengantin perempuan di Tambun, Perak.. Ikuti Sinopsis sepanjang perjalanan pergi & pulang dari K.L ke Tambun.. heehee..



Sabtu 17 July 2009
6:30 a.m : Semua Geng Budak84 yang menyatakan persetujuan untuk pergi ke Ipoh telah di "kejutkan" dengan message " Gud Murning" dari Shapiq Mok... heehee

7:30 a.m : Geng2 Budak84 mula berkumpul di "rumah pengumpulan rakan" iaitu di rumah Shapiq Mok...

8:00 a.m : Setelah menunggu agak lama rakan2 yang lain yang belum datang.. yang janji mula2 kul 7:30pg nak mai...
Geng 2 Bu dak84 nie telah berpindah location dari Rumah Shapiq ke Kedai Makan dekat Simpang Flat .. (agak2 saper yg lambat..??)

8: 30 a.m : Pada jam ini masih di kedai makan, mengunggu sorang 2 rakan yang x comfirm2 lagi nak p ke tidak.. haih..

9:00 a.m : Perjalanan dari K.L pun bermula dengan 4 bijik kereta kesemua nyer...
++ Kete Syakir - Awek, Shapiq Mok, Daus (kete JPJ)
++ Kete Rapiz - Epa, Balau, Tepet (no comment)
++ Kete G.G - Pian Tamam, Palek (dlm ni x borak dari pegi sampai balik)
++ Kete Ali - Aku, Yassir, Acap (kete nie paling BAEK skali)

10:00 a.m : Berhenti seketika di R&R Tapah untuk upacara Bfast kali ke2 & untuk
menunaikan hajat r
akan kiter si Tepet yang da xtahan lagik.. (naper ekk..?).. heeehee..
Tggu maeng putra skali yang
otw dari melaka...

10:30 a.m : Memulakan semula perjalanan
yg tergendala seketika tadi disebabkan masalah2 teknikal.. heheehe perjalanan terus ke Tambun, Ipoh .. temapt terletak nyer rumah si pengantin perempuan


11: 15 a.m : Setelah penat mengharungi perjalanan yg jauh Geng Budak84 akhirnya sampai juga di Tambun, Ipoh.. so firstly biler da sampai is upacara bergamba lar.. hehehe.. (kat Giant Tambun je)

11: 30 a.m : Sa mpai di rumah penginapan pengantin lelaki... dok nggu pengantin siap.. pengantin da ader.. tp.. pengapit x sampai lagi.. dengar kater dok bersolek.. ngalahkan pengantin.. nyampah..! ... hahahaha
12:30 p.m : Setelah letih menunggu pengapit yang lembab..heehee.. Geng2 Budak84 yang da kelaparan semua decide untuk terus ke rumah pengantin perempuan.. so dengan tanpa sebarang kater we all pn terus jerk p saner...

Time da sampai umah pengantin we all pn di jemput utk makan.. dengan tanpa sepatah kata geng Budak84 nie semua terus jerk beratur amik makan.. heehee...

1:00 p.m : Setelah konyang menikmati makanan akhirnyer rombongan pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan.. saudara Apong yg dlaporkan hilang tadi sudah pn djumpai..

Rombongan pengantin lelaki tiba bersama dengan ahli keluarga nyer untuk melangsungkan Majlis Persandingan.. Geng Budak84 yg tadi dok
melantak juga telah di " ARAH" kan untuk menyertai rombongan pengantin lelaki..

Pengantin Lelaki & pasangan telah di pertemukan di hadapan kemah tetamu untuk diarak sebagai pasangan raja sehari dgn di palungi dengan alunan kompang ke jinjang pelamin.. cewahh..

2:00 p.m : Setelah selesai mengarak pengantin ke jinjang pelamin.. Geng Budak84 pun memohon restu dari pengantin untuk mengudurkan diri kerana terdapat akt iviti2 yang xdapat dielakan selepas itu (ManUnited@ Bukit Jalil)

3.30 p.m : Kami tiba di K.L set elah mengharungi
onak & duri sepanjang perjalanan.. rasa macam g berperang plak rase nyer.. hahah a. . perjalanan balik yg mengambi l masa lebey kurang 1j 30m.. dengan meter kereta yg nak tercabut ALHAMDULILLAH kami sel amat sampai juga... (nak kene alik cepat Man United da nak start..)

Sampai disini dulu rentetan perjalanan Geng Budak84 untuk Majlis Persandingan Wan & Linda.. Moga perkahwinan ini akan kekal hingga ke
anak cucu.. amin..



Wednesday, August 19, 2009

NEW COMING UPDATE.!!

TERKINI & SENSASI..!!

Allop Geng Budak84 ... Kat sini ader beberaper up coming update..!! pasal aktiviti2 yang lepas & terkini Budak84 yang akan diupload xlamer lagi (ASAP).... so diharap rerajin lar untuk update dalam blog nie untuk tau cerita2 terkini & sensasi dari rerakan Budak84.. So Stay Tune @ Budak84..!!


++ Majlis Perkahwinan Izwan Fathil (Wan Tomoi)

++ Budak84@Man United@ Bukit Jalil

++ Budak84@ Pulau Redang

++ Wajah Comel Akil Arayan (Anak Akeem)

++ Jalan Jalan Makan Seafood @ Jeram

++ Majlis Berbuka Poser Budak84 (coming soon)

p/s : kengakawan yg dok simpan picture2 tue mintak2 lar segera bagi kat sayer utk diupload...TQ

Tuesday, September 16, 2008

MAJLIS PERKAHWINAN HAKIM & ARBAYIAH



Pic: Geng² Budak84 bersama Akeem

Pada 29hb June 2008 yang lepas rakan kita saudara hakim telah dengan jaya nyer melangsungkan perkahwinan beliau dengan Arbayiah.. Pernikahan beliau telah di langsung kan di rumah pengantin perempuan di Kota Tinggi.

Geng² Budak84 juga telah mengikuti rombongan perkahwinan beliau.. seramai 14 orang Geng Budak4 beserta 4 buah kerata telah mengikuti rombongan perkahwinan ini pada 28hb June 2008 ... Kami semua bertaolak sehari sebelum pernikahan rakan kiter ini dijalankan.. Geng Budak84 telah menginap di Hotel Sri Kota di pekan Kota Tinggi sepanjang berada di saner..



Majlis yang diadakan pada 29hb June 2008 ini bermula dengan Majlis Pernikahan saudara Akeem & Bakyah pada jam 10pagi .. Majlis Pernikahan yang dijalankan pada pagidi rumah pengantin perempuan itu selamat berlangsung & dengan sekali lafaz saudara Akeem telah bergelar suami yang sah kepada saudari Bakyah..










Pada sebelah petang nyer pula, Majlis Persandingan kedua mempelai telah diadakan diadakan disitu.. dengan rakan kiter saudara Saipong yang telah sudi untuk mencemar duli untuk ditabalkan sebagai pengapit kepada saudara Akeem.. Majlis Persandingan ini berjalan dengan sungguh meriah skali...










p/s : Pada tarikh blog ini ditulis saudara akeem & bakyah telah pun selamat dikurniakan cahaya mata lelaki yang diberi nama Akil Arayan.. Berita tentang si comel ini akan diupload didalam blog ini nnti..

BUDAK 84 KEMBALI SEMULA...!

SORRY..!! MAAF!! AMPUN!!

Kepada rakan² KERAMATIONZ yang dikasihi..:-


START FROM TODAY :-

Wednesday (19 August 2009)

Telah Kembali Di Update..!!


Blog BUDAK84 nie terdapat sedikit masalah sebelum yang berlaku disebabkan tiada
sesiapa yang boler meluangkan masa untuk update artikel² & berita² terkini
tentang aktiviti BUDAK84...

So mulai saat ini, Blog ini kembali active kembali, da diharap rakan² dapat memberi kan
kerjasama untuk memeriakan lagik Blog ini, disamping dapat merapatkan lagi Ikatan
Ukhuwah sesame kiter (ayat Apong)..

Blog BUDAK84 akan menyatakan & Melaporkan aktiviti² terkini yang akan dijalankan oleh KERAMATIONZ & Majlis Tindakan Ukhuwah (MANTUKH) <---- ( Apong gak ) dari semasa ke semasa. dDiharap rakan² dapat memberikan idea yg terkini & menarik untuk dimuat trun didalam blog nie..


Anyway.. bermula dari saat ini blog ini akan sentiasa di update & akan melaporkan segala aktiviti² yang akan & telah berlaku dari masa ke masa...


Sekian, Wassalam



Thursday, June 12, 2008

Jemputan Majlis Perkahwinan Mr. & Mrs. @rbaqim


Saya selaku tuan punyer badan ingin menjemput Tuan2 Puan2 rakan taulan serta sahabat handai ke Majlis Perkahwinan sy. Di sini sy ingin berkongsi sedikit maklumat yang berguna semasa hari kejadiaan dan juga salinan Kad Jemputan yang mempunyai peta untuk tatapan kalian semua.


Tarikh : 5 Julai 2008

Hari : Sabtu

Tempat : Dewan Risda, Ampang

Waktu Bersanding : 12 p.m onwards
Tema : Choclate Gold

Diharap agar tuan2 dan puan2 dapat menghadirkan diri untuk menjayakan disamping memeriahkan lagi majlis yg mulia ini. Sekian TQ!!!



Monday, June 9, 2008

Majlis Perkahwinan ARBAQEEM

" WALIMATUL URUS "









Rakan² yang dihormati, seperti yang umum diketahui sahabat kite akeem jabar, akan di ijab kabulkan pada 29hb June 2008 di Rumah Pengangatin Perempuan di Kota Tinggi . Dan Pada 6hb July 2008 pula sahabat kitere ini akan mengadakan majlis persandinag nya di RISDA Jalan Ampang. Sayer mewakilli pihak pengantin ingin mengajak rakan² sahabat untuk Menghadiri majlis perkahwinan & persandingan sahabat kiter ini. Butir² lokasi & kad jemputan turut disertakan disini.. Diharapakan rakan² dapat menghadirkan diri pada majlis itu nanti.. maceeh..!!

Pekelahan Di Hutan Lipur Lentang

" BACHELOR PARTY "


Pada 10hb May 2008 yang lalu, K E R A M A T I O N Z telah mengadakan satu program perkelahan di Hutan Lipur Lentang. Program ini telah disertai seramai 15org rakan² kiter dan telah berjalan dengan jayanya. Program yang dinamakan "Bachelor Party" ini juga diadakan semperna untuk meraikan Hari Perkahwinan Akeem yang akan berlangsung pada 29hb June. Pelbagai aktiviti² telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti BBQ, mandi manda & acara sukan. Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi dimana kami semua telah berkumpul di rumah saudara akeem dan mula bertolak pada jam 8.30 pagi dengan menaiki 4 buah kereta. Sesampai saja kami disaner, aktiviti BBQ dimulakan dahulu dgn upacara menghidupkan bara api serta menghidangkan makanan yang telah dibawa dari rumah masing². Aktiviti diteruskan lagik dgn acara mandi manda & acara sukan. Program berakhir pada jam 3.00 petang dan kesemua akan² amat berpuas hati dengan aktiviti² yang dijalankan serta mengharapkan agar program seperti ini dapat dijalankan pada masa hadapan.